SISTEM SARAF MANUSIA

Sistem Saraf Manusia

 
Sistem saraf manusia (human nervous system) menyelaras aktiviti-aktiviti badan dengan menghantar mesej dalam bentuk impuls sebagai tindak balas terhadap rangsangan (stimuli).
 
Sistem saraf manusia terdiri daripada:
 
  1. Sistem saraf pusat (central nervous system).
  2. Sistem saraf periferi (peripheral nervous system).
 
Sistem saraf manusia.
 
Sistem saraf pusat (central nervous system) terdiri daripada:
 
  • Otak (brain).
  • Saraf tunjang (spinal cord). 
Sistem saraf pusat juga adalah pusat kawalan sistem saraf.
 
Sistem saraf periferi (peripheral nervous system) terdiri daripada:
 
  • Sistem saraf soma (somatic nervous sytem) yang mengawaltindakan terkawal (voluntary action). Sistem saraf soma terbahagi kepada dua iaitu: 
    i) Saraf kranium (cranial nerves), bertempat dibahagian atas leher, yang mengawal aktiviti seperti melihat, menghidu dan mendengar. 
    ii) Saraf spina (spinal nerves) yang bertempat dibahagian bawah leher, yang mengawal aktiviti seperti menulis, menari dan berlari.
     
  • Sistem saraf autonomi (autonomic nervous system) yang mengawaltindakan luar kawal (involuntary action), yang mengawal aktiviti seperti rembesan enzim, bernafas, denyutan jantung dan pencernaan makanan.  
 
 
Rangsangan
(seperti makanan, bau, bunyi, cahaya atau sentuhan)
dikesan oleh
Reseptor 
(dalam organ deria seperti lidah, hidung, telinga, mata atau kulit
akan menghasilkan
Impuls 
yang dibawa oleh neuron (sel saraf) ke 
Sistem saraf pusat (otak atau saraf tunjang) 
untuk ditafsirkan yang seterusnya dihantar ke
↓ 
Efektor 
(organ seperti otot atau kelenjar yang bergerak balas terhadap rangsangan
untuk menghasilkan 
Gerak balas

 

Leave a comment