SISTEM PEREDARAN DARAH

Sistem peredaran darah manusia dikenali sebagai sistem peredaran tertutup dan ganda dua (double closed and complete circulatory system).
 
Ini kerana darah mengalir dalam salur darah berterusan melalui jantung (heart) sebanyak dua kali dalam satu peredaran lengkap (complete circulatory).
 
Oleh itu, sistem peredaran ganda dua (double circulatory system) pada manusia terdiri daripada dua sistem peredaran yang utama:
 
  1. Sistem peredaran pulmonari (pulmonary circulation). 
    (jantung → peparu → jantung)
  2. Sistem peredaran sistemik (systemic circulation). 
    (jantung → semua tisu badan → jantung)
 
Sistem peredaran darah manusia.
 
 
Sistem peredaran pulmonari.
 
  • Darah terdeoksigen (deoxygenated blood) dipam keluar dari ventrikel kanan (right ventricle) ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke peparu kiri dan kanan.
  • Di peparu (lungs), pertukaran gas berlaku. Darah terdeoksigen dalam arteri pulmonari menerima oksigen lalu menjadi darah beroksigen (oxygenated blood) yang kemudian diangkut dari peparu ke atrium kiri jantung melalui vena pulmonari (pulmonary vein).
    Ventrikel kanan → Arteri pulmonari → Peparu → Vena pulmonari → Atrium kiri
  • Fungsi utama sistem peredaran pulmonari adalah untukmembolehkan darah terdeoksigen menjadi darah beroksigen.

 

Sistem peredaran sistemik.
 
  • Darah beroksigen dari peparu, yang memasuki atrium kiri jantung, dipam ke dalam ventrikel kiri dan seterusnya dipam keluar dari jantung melalui aorta.
  • Darah yang dipam keluar dari jantung berada dalam tekanan tinggi.
  • Aorta bercabang untuk membentuk arteri, yang membawa darah beroksigen ke semua tisu badan.
  • Pertukaran gas dan nutrien (nutrient) berlaku di sel badan sesuatu organ.
  • Darah yang diangkut keluar dari organ melalui vena adalah darah terdeoksigen.
  • Darah dari vena di semua tisu badan akan disalurkan ke dalam vena kava (vena cava) dan dialirkan ke dalam atrium kanan jantung.
    Atrium kiri → Ventrikel kiri → Aorta → Tisu badan → Vena kava → Atrium kanan
  • Fungsi utama sistem peredaran sistemik adalah untukmembolehkan darah beroksigen dibawa dari jantung ke semua tisu badan.

Leave a comment