REFLEX

Tindakan refleks (reflex action) ialah gerak balas terhadap sesuatu rangsangan (stimulus) yang berlaku secara pantas (rapid) dan automatik serta tidak memerlukan pemikiran (otak).
 
Tindakan refleks merupakan tindakan luar kawal. Tindakan refleks tidak perlu dipelajari dan biasanya berlaku tanpa disedari.
 
Contoh-contoh tindakan refleks dalam kehidupan harian ialah menarik tangan apabila tersentuh seterika panas, sentakan lutut dan kerlipan mata (blinking of eyes).
 
Dalam tindakan refleks, impuls dihantar dengan pantas dari reseptor (receptor) melalui neuron deria (sensory neurone) ke saraf tunjang (spinal cord). Di dalam saraf tunjang, impuls melintasi neuron perantaraan (relay neurone) sebelum keluar dari saraf tunjang melalui neuron motor.
 
Lintasan impuls sedemikian dikenali sebagai arka refleks (reflex arc).
 
Lintasan tindakan refleks (arka refleks).
 
Urutan lintasan yang dilalui oleh impuls dalam tindakan refleks adalah seperti berikut:
 
Rangsangan → reseptor → neuron deria → saraf tunjang → neuron perantaraan → neuron motor → efektor → gerak balas
 
Jirim putih didapati pada bahagian luar saraf tunjang dan terdiri daripada gentian-gentian saraf. Jirim putih kelihatan berwarna putih kerana kehadiransalut mielin pada gentian saraf.
 
Jirim kelabu yang berbentuk huruf H terdapat di bahagian tengah saraf tunjang. Jirim kelabu ini terdiri daripada badan sel.
 
Kelebihan tindakan refleks ialah:
 
  • Membolehkan gerak balas badan yang sangat pantas terhadap perubahan persekitaran luar dan dalam.
  • Tindakannya mendatangkan faedah, contohnya mengelakkan diri daripada kecederaan.
  • Gerak balasnya adalah secara spontan (automatic).

Leave a comment